top of page
Dalil Wajib Zakat Pelaburan
Dalil dan hujah mengeluarkan zakat pelaburan adalah seperti berikut
Firman Allah s.w.t:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ ٢٦٧
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)
Sabda Rasulullah s.a.w:
Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Dalil Athar
Sabda Rasulullah s.a.w:
Daripada Abi ‘Amr Ibnu Himas daripada bapanya, dia berkata: “Dia menjual kulit dan bekas panah daripada kulit. Kemudian Umar Ibn Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Adakah engkau keluarkan sadaqah (zakat) hartamu?” Aku menjawab: ‘Aku menjawab: Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: “ Taksirlah kemudian keluarkan sadaqahnya.”
(Hadis riwayat Syafi’I, Daruqutni, dan Baihaqi)
Syarat Wajib Zakat Pelaburan
Syaratnya adalah seperti berikut:
-
Islam
diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.
-
Milik Sempurna
mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan
-
Milik Pihak Tertentu
saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat
-
Cukup Nisab
Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.
-
Cukup Haul
Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.
-
Halal
Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.
Definisi Zakat Pelaburan
Menurut Bahasa : Kalimah ‘saham’ berasal dari perkataan Arab yang bermaksud bahagian yang dimiliki.
Menurut Istilah : Saham menurut Kamus Dewan bermaksud “Bahagian dalam modal sesuatu perniagaan.”
Menurut Kamus Ekonomi, saham bermaksud modal sah syarikat yang dicarumkan oleh pemilik.
Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (Contoh Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
Pemilik saham adalah pemilik syarikat and berkongsi keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan dan juga harga atau nilai saham seperti tersenanari di pasaran saham.
Pelaburan Pasaran Modal (Bursa Malaysia)
Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelia pasaran modal atau saham. Pasaran modal merupakan rumah utama yang menyediakan aktiviti untuk penghasilan dana dan pelaburan jangka masa panjang serta meningkatkan kecairan sistem kewangan. Di dalam pasaran modal ini segala jenis saham dan dana diurusniagakan.
Di antara contoh instrumen pelaburan di pasaran modal ini adalah:
-
Saham biasa & keutamaan (ordinary & preference)
-
Saham Amanah, samada melalui pengurus dana swasta atau kerajaan
-
Saham Amanah Hartanah (REITs)
-
Dana Dagangan Bursa (ETFs)
-
Lain-lain instrument pelaburan yang diniagakan di Bursa Malaysia atau pasaran modal di luar Negara
Secara umum, terdapat 4 kategori utama produk-produk dipasaran modal iaitu iaitu:
-
Ekuiti (Saham / Unit Trust / REITs/ Index Fund / ETF dsbg)
-
Bon & Debentur
-
Derivatif (Option & Future)
-
Produk Berstruktur
Kaedah Taksiran Zakat Pelaburan
-
Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan.
-
Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan.
Zakat = (nilai pelaburan di hujung Haul + keuntungan ditunaikan) x 2.5%
Cara Pengiraan / Method of Calculation
Contoh Taksiran
Saham saham di Bursa Malaysia (Shares)
RM266,000
Untung yang ditunaikan daripada jual beli pelaburan (realised profit from investment)
RM80,000
RM50,000
Pelaburan Amanah Hartanah (Real Estate Investment Trusts)
RM70,000
Lain-lain pelaburan di pasaran modal luar negara (other investment in foreign capital market
RM30,000
Nota : Semua nilai saham & pelaburan di atas ialah nilai pasaran (market value) pada tarikh cukup haul.
TOLAK (LESS)
Dividen daripada pelaburan tidak patuh shariah (dividends from non-shariah compliant investments)
RM30,000
Peningkatan modal pelaburan tidak patuh shariah (capital appreciation of non-shariah compliant investment)
RM50,000
Jumlah ansuran yang dibayar dalam tahun taksiran untuk bayaran balik pinjaman pembelian saham –jika ada ( Sum of installment in assessment year for loan taken to buy investment – if any)
–
Nilai Saham & Pelaburan Wajib Zakat (Value of shares & investments that subject to zakat )
RM464,500
Zakat : RM456,000 x 2.5% =
RM11,610
Zakat Pelaburan tidak tersenarai dalam Syarikat Persendirian , Koperasi dll.
Bagi zakat saham yang dimiliki oleh pihak syarikat persendirian atau Koperasi, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa hukum zakat ke atasnya adalah sebagaimana berikut:
Zakat saham adalah wajib dikeluarkan oleh pihak syarikat berdasarkan hukum khultoh (harta bercampur). Akan tetapi, jika pihak syarikat tidak membayar zakat, maka kewajipan zakat wajib ditunaikan oleh individu.
Senario 1: Syarikat Membayar Zakat
Seperti kaedah kiraan zakat perniagaan syarikat (persendirian dan awam) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007).
Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-
-
Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
-
Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan
Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat
Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan peratus nilai pegangan individu dalam syarikat tersebut.
Contoh Taksiran
Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2012 ialah RM10 juta.
-
Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000
-
Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%
-
Zakat Pelaburan En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500
Saham amanah (Unit Trusts)
RM50,000
Dana Dagangan Bursa (Exhange Traded Funds)
Kos Brokeraj (Brokerage cost)
RM1,500
bottom of page