top of page

AS-SALIHIN

Mudahnya Menulis Wasiat Bersama as-Salihin!

5 LANGKAH MUDAH MENULIS WASIAT

as salihin.PNG

1. Hubungi Perancang Harta Pusaka as-salihin


as-Salihin mempunyai lebih 5,000 Perancang Harta Pusaka atau lebih dikenali sebagai Islamic Estate Planner (IEP) di seluruh negara yang sedia untuk membantu. Anda boleh menghubungi mana-mana IEP as-Salihin untuk mendapatkan nasihat dan membuat perancangan harta pusaka secara menyeluruh.

​

2. Kenal pasti harta-harta dan cara pengagihan


Senaraikan seluruh harta yang ada diatas nama anda, baik harta alih mahupun harta tidak alih. Dalam masa yang sama, anda juga perlu memberikan arahan pemberian bagi setiap harta tersebut. Anda juga boleh memberi tidak melebihi 1/3 daripada harta anda kepada bukan waris faraid bagi tujuan wakaf dan amal jariah sebagai saham akhirat.

Berikut merupakan contoh-contoh harta alih:

  • Akaun-akaun bank

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

  • Amanah Saham Berhad (ASB)

  • Pelaburan Unit

  • Amanah

  • Kereta

  • Emas

  • Saham syarikat

  • Keahlian kelab

Berikut merupakan contoh-contoh harta tidak alih:

  • Rumah

  • Tanah

  • Ladang kelapa sawit

  • Kebun

  • Premis perniagaan

  • ​

3. Bayaran secara atas talian


as-Salihin kini mengamalkan ‘cashless policy’. Oleh itu, pelanggan digalakkan untuk membuat sebarang bayaran melalui ‘online transfer’. Selepas pembayaran dibuat, anda perlu menghantarkan bukti pembayaran kepada IEP anda dan resit rasmi as-Salihin akan dikeluarkan bagi bayaran tersebut.

​

4. Draf wasiat untuk disemak


Setelah senarai harta, cara pemberian & bayaran deposit dibuat, dalam masa 3 hari bekerja,
as-Salihin akan mengeluarkan draf wasiat mengikut arahan-arahan yang telah anda serahkan kepada IEP.

Anda perlu menyemak draf tersebut dan sekiranya terdapat sebarang perubahan, anda boleh meminta untuk membuat pindaan. as-Salihin akan meminda deraf tersebut dan akan mengeluarkan draf baharu untuk disemak.

​

5. Tandatangan wasiat anda bersama as-Salihin


Setelah anda memberi persetujuan terhadap draf yang dikeluarkan, anda akan diminta untuk berjumpa dengan IEP bagi menandatangani wasiat anda di hadapan 2 orang saksi lelaki muslim (yang akan disediakan oleh IEP).

​

6. Salinan Wasiat & kad simpanan


Anda akan mendapat satu Salinan wasiat dan juga 2 keping ‘custody card’ bagi simpanan peribadi. Wasiat asal anda akan didaftarkan dan disimpan dengan selamat di dalam bilik kebal kami sehingga hujung hayat anda.

Itu sahaja proses yang anda perlu lalui untuk membuat wasiat. Mudah bukan?! Jadi tunggu apa lagi, anda boleh hubungi kami secara terus di talian 03-7880 9595 ataupun mana-mana IEP kami yang berada di seluruh Malaysia!

bottom of page