top of page

AS-SALIHIN

Kepentingan Amanah Dalam Takaful

Amanah Takaful

Amanah Takaful/Insurans merupakan satu intrumen di mana Pemilik Polisi boleh melantik Pemegang Amanah untuk mengurus tadbir keseluruhan wang pampasan polisi yang diterima. Apabila berlaku ketidakupayaan (TPD) atau kematian, Pemegang Amanah yang dilantik perlu menguruskan duit pampasan tersebut selari dengan arahan serta syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik polisi. Pemilik perlu menyerahkan polisi kepada Pemegang Amanah dengan menandatangani Borang Penyerahan Hak Mutlak (Absolute Assignment) serta melaksanakan Surat Ikatan Amanah bagi menyatakan segala arahan kepada Pemegang Amanah untuk menguruskan wang pampasan tersebut.

PELAN LINDUNGI DIRI SENDIRI

Antara kelebihan melanggan polisi Takaful/Insuran adalah untuk melindungi diri pemilik polisi itu sendiri apabila berlaku ketidakupayaan (TPD) seperti cacat kekal, koma dan sebagainya. Namun, jika situasi seperti ini berlaku, pemilik mempunyai keterbatasan dalam menguruskan wang yang diterimanya lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga. Melalui Amanah Takaful/Insurans, pemilik polisi boleh memberikan arahan kepada pemegang amanah yang dilantik bagi memastikan wang tersebut dapat digunakan mengikut keperluan tertentu seperti membiayai  kos perubatan, saraan diri, pembayaran bil utiliti tertunggak serta  pembayaran  hutang pembiayaian perumahan,  kenderaan dan lain lain. Selain itu, pemilik polisi juga boleh mengarahkan pemegang amanah untuk melakukan bayaran untuk tujuan sedekah dan  amal jariah.  Ini akan memastikan hak sebagai pemilik polisi lebih terjamin dan bebas dari salahguna ahli keluarga atau sebagainya.

MENJAMIN MASA DEPAN AHLI KELUARGA

Apabila berlaku kematian kepada pemilik, Pemegang Amanah bertangunggjawab untuk menguruskan wang pampasan polisi yang diterima berdasarkan arahan yang telah ditetapkan semasa hidup.  Pemilik polisi boleh meletakkan apa-apa arahan dan syarat termasuklah tujuan, cara bayaran, keadaan dan  tempoh tertentu. Ini dapat menjamin wang tersebut dapat digunakan untuk tujuan yang sepatutnya dan terkawal. Wang tersebut boleh digunakan untuk meyelesaikan segala hutang dan liabiliti pemilik polisi tanpa membebankan ahli keluarga yang ditinggalkan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan sebagai saraan hidup anak-anak di bawah umur ataupun anak kelainan upaya (OKU), membiayai kos  pendidikan dan perubatan mereka. Arahan bayaran secara berkala juga boleh dinyatakan kepada setiap ahli keluarga termasuk kepada penerima gantian sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang ahli keluarga. Melalui Amanah Takaful/Insurans ini juga dapat mengawal perbelanjaan ahli keluarga dengan lebih teratur dan tidak boros. 

Kesimpulan

Amanah Takaful/Insurans adalah sangat penting bagi setiap pemilik polisi samada Takaful ataupun Insurans.  Di samping menyediakan dana dan wang sekiranya berlaku ketidakupayaan dan kematian, pemilik polisi sepatutnya memastikan wang tersebut digunakan dengan baik dan diuruskan mengikut keperluan yang sepatutnya. Secara tidak langsung, ia akan menjamin hak pemilik polisi dan ahli keluarga tanpa wang tersebut disalahguna untuk tujuan yang salah. Melalui produk Amanah Takaful/Insurans (Pri-TI) yang disediakan di as-Salihin Trustee Berhad, kami akan memastikan wang pampasan polisi yang diterima diuruskan dengan sebaiknya demi menjamin hak pemilik polisi dan ahli keluarga.

Kami di as-Salihin Trustee Berhad juga turut  menggalakkan agar perunding-perunding Takaful/Insurans di Malaysia untuk menyertai kami sebagai Perancang Harta Pusaka Islam di as-Salihin. Ini adalah sebagai nilai tambah bagi membantu pemilik-pemilik polisi menguruskan polisi mereka dengan lebih lengkap dan teratur.

bottom of page