top of page

IKHLAS Choiceplus 

Lampiran IKHLAS Choiceplus Individual Medical Secure Takaful Rider

PERLINDUNGAN

Jika, semasa rider ini berkuatkuasa, orang yang dilindungi telah menjalani rawatan perubatan untuk kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit, manfaat perubatan akan dibayar sehingga amaun maksimum seperti yang dinyatakan di dalam jadual manfaat, berdasarkan pelan yang dipilih. Had tahunan keseluruhan menunjukkan jumlah maksimum amaun yang boleh dituntut setiap tahun bergantung kepada pelan yang dipilih. Manfaat perubatan adalah dibayar dari dana risiko.

​
​
  Jadual Manfaat
Capture.JPG
Capture.JPG
Tempoh Menunggu
Tempoh menunggu merujuk kepada bilangan hari yang pertama daripada tarikh kuat kuasa rider atau tarikh penguatkuasaan semula, yang mana kemudian di mana tiada manfaat akan dibayar untuk mana-mana keadaan yang wujud atau didiagnos semasa tempoh tersebut.

Tempoh menunggu untuk penyakit berikut adalah satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh kuat kuasa rider atau tarikh penguatkuasaan semula, mana yang kemudian;

a. Darah tinggi, kencing manis atau penyakit kardiovaskular; atau
b. Apa-apa pertumbuhan termasuklah tumor, kanser, sista, nodul, polyps; atau
c. Batu-batu dari sistem kencing dan sistem biliari; atau
d. Apa-apa penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan keadaan tekak; atau
e. Hernia, buasir, fistulae, hidrosel, varikosele; atau
f. Apa-apa penyakit berkaitan sistem pembiakan termasuk endometriosis; atau
g. Mana-mana gangguan tulang belakang (termasuk cakera tergelincir) atau sebarang keadaan lutut. Untuk penyakit-penyakit selain yang dinyatakan di atas, tiga puluh (30) hari tempoh menunggu akan diguna pakai kecuali yang disebabkan oleh kemalangan.

Tuntutan bagi Manfaat Medical

Bayaran bagi tuntutan ini adalah berdasarkan kepada pelan yang dipilih. Untuk pembayaran balik bagi perbelanjaan perubatan, dokumen berikut hendaklah dihantarkan kepada kami dalam masa tiga puluh (30) hari daripada tarikh keluar hospital:

1. Semua bil dan resit asal;
2. Laporan doktor yang mengandungi maklumat diagnosis, imbasan dan ujian yang telah dilakukan, tarikh kehilangan upaya, tarikh keluar hospital, kesimpulan dan ringkasan daripada rawatan yang diberikan dan tindakan lanjut.

Hanya perbelanjaan sebenar yang akan dipertimbangkan untuk pembayaran balik
bottom of page