top of page
about1.jpg

APA ITU AKPK ?

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

27.png

Pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skil pengurusan kredit.

29.png

Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai semula kewangan mereka.

28.png

khidmat nasihat berkenaan pengurusan kewangan.

about_mission_vision23.png

Misi Kami

Visi Kami

Logo Kami

Misi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah untuk memperkasakan masyarakat isi rumah dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) supaya mempunyai tahap kewangan yang kukuh melalui pendidikan, khidmat nasihat kewangan serta khidmat pengurusan kredit yang bertumpukan pelanggan. 

Visi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah untuk menjadi peneraju badan berautoriti dan dipercayai dalam kesejahteraan kewangan, memperkasakan masyarakat kukuh kewangan dan menyumbang dalam pencapaian matlamat sosioekonomi negara.

Logo kami mencerminkan pengguna dan AKPK. Kombinasi cengkung biru (AKPK) dan kelabu (Pengguna) melambangkan bimbingan dan bantuan AKPK agar pengguna melangkah keluar daripada belenggu kewangan kepada pengurusan wang yang lebih mantap.

2021-07-08.png
bank_negara.jpg

KISAH AKPK

Pada tahun 2006 semasa ekonomi pada tahap mantap dengan kredit pengguna di bawah kawalan, Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah awal dengan menubuhkan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, sebuah agensi yang kini memanfaatkan rakyat Malaysia.

PENUBUHAN

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Sektor Kewangan Bank Negara Malaysia (2000 - 2010).

png-clipart-assorted-color-3d-bar-graph-finance-chart-working-drawing-service-cargo (1).pn

AKPK sebuah pelan 10 tahun yang bertujuan memajukan dan merangsang sektor kewangan negara.

FOKUS

Menurut hasil kajian kumpulan fokus yang kami adakan, kekurangan pengetahuan dalam pengurusan kewangan peribadi merupakan sebab utama kebanyakan individu, tidak kira tua atau muda, terjebak dalam masalah hutang yang tidak mampu mereka atasi.

about3.jpg
WhatsApp Image 2021-07-09 at 13.15.30.jpeg

Pengurusan kewangan yang tidak cekap hasil daripada kurangnya pemahaman tentang prinsip asas kewangan adalah sebab utama individu terjerat dalam masalah ini.

Cabaran terbesar kami kini ialah penstrukturan suatu pendekatan yang boleh mencapai satu masyarakat yang terdiri daripada berbilang bangsa dan tahap pengetahuan serta latarbelakang sosioekonomi yang berlainan.

WhatsApp Image 2021-07-09 at 17.10.25.png

AKPK menyediakan jalan di mana rakyat boleh mendapatkan nasihat tentang hal-hal peribadi kewangan.

WhatsApp Image 2021-07-09 at 13.15.30 (1).png

Di samping itu, kami juga menyediakan peluang kepada mereka yang dibelenggu hutang untuk memulih semula keadaan kewangan mereka melalui perkhidmatan pengurusan kredit berstruktur AKPK.

700-00515197en_Masterfile.png
2021-07-09.png

PENDEKATAN KAMI

AKPK kini telah berjaya merangka suatu pendekatan untuk mendidik masyarakat melalui 3 perkhidmatan kami

“Perkhidmatan kami adalah percuma dan disasarkan memenuhi permintaan rakyat Malaysia untuk nasihat kewangan.”

WhatsApp Image 2021-07-09 at 13.15.30 (2).png
bottom of page